Selamat Datang ke Khaujakan

|
Pengenalan
Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor (BKJKJ) atau sebutan ringkasnya Khaujakan merupakan sebuah pertubuhan agama yang didaftarkan dibawah Undang Undang Pertubuhan Negeri Johor dengan No.Pendaftaran 473 ( Johor ). Sebagai pertubuhan agama Khaujakan mempunyai matlamat iaitu Beribadah, Bermujahadah, Berdakwah dan Berimmarah, matlamat ini merupakan prinsip yang diamalkan dan juga sebagai asas penubuhannya.
Untuk mencapai matlamat tersebut Khaujakan telah menggalakan ahli ahlinya untuk berusaha mengamalkan prinsip tersebut dengan tulus ikhlas dan mengharapkan rahmat dan keredhaan dari Allah ( SWT ).
Aktiviti aktiviti Khaujakan
Badan Kebajikan Jema’ah Khaujakan Johor juga telah mengadakan beberapa majlis Khatam dan Seminar sebagai aktiviti pertubuhan setiap tahun. Majlis ini diadakan secara bergilir-gilir antara daerah-daerah di negeri Johor. Aktiviti-aktiviti adalah seperti berikut:
|
| Majlis Khatam/ Seminar/Mukhtamar |
Bulan |
|
1. Khatam Basmallah/Wirid Khaujakan
2. Khatam Salamun Qaulam Mirrab Birrahim/Wirid Khaujakan
3. Khatam Selawat Al Fateh/At-Tafrijiah/Wirid Khaujakan
4. Muhtamar Senawi / Mesyuarat Agung / Wirid Khaujakan
5. Khatam Al Quran/Wirid Khaujakan
6. Khatam Asma’ ul Husna/Wirid Khaujakan
7. Khatam Ayat Kurshi/Wirid Khaujakan
8. Khatam Wirid Khaujakan/SilaturRahim Idul Fitri
9. Seminar Khaujakan/Wirid Khaujakan
|
Muharam
Safar
Rab’ul Awal/Akhir
Jamadil Awal
Jamadil Akhir
Rajab
Sha’Ban
Shawal / Zulqaedah
Zulhijah
|
* Sila rujuk pengumuman untuk ketetapan tarikh majlis
-------------------------Peristiwa----------------------------
Bangunan Baru Madrasah Khaujakan Johor
Bangunan baru Madrasah Khaujakan telah siap di bina dan telah di rasmikan oleh wakil Menteri Besar Johor pada 25 Jun 2011. Ahli Jawatankuasa pembinaan serta Jemaah Khaujakan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penderma ikhlas serta penyumbang dana projek pembinaan madrasah Khaujakan.
Semuga Allah (SWT) memberi barakah dan rahmat pada yang ikhlas. Sumbangan untuk pasca pembinaan adalah di alu alukan
|
|